Tempat
Tarikh
6 Mac 2010
Penceramah
Ustaz Mohd Nasri bin Abdul Rahman (Jabatan Agama Islam Johor)
Sambutan Maulidur Rasul merupakan natijah daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah SAW. Begitu juga perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda. Sambutan ini telah dipraktikkan di kebanyakan sekolah seluruh Malaysia dengan tujuan mengetengahkan penghayatan sirah nabawi di kalangan pelajar dan para guru. Bertepatan dengan tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu ’Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah’, sambutan ini hadir dengan tujuan membentuk satu generasi yang kukuh dari segi akhlak dan sahsiah dan dalam masa yang sama bersatu padu dalam membina negara masa depan. Para pelajar perlu diasuh dan diterapkan dengan kefahaman yang jitu dan mantap tentang konsep dan ajaran Islam yang telah dibawa oleh Nabi Junjungan kita Muhammad SAW. Oleh itu, sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini di SMK Mohd Khalid diadakan sebagai satu usaha ke arah membina negara bangsa yang maju bersatu berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
MATLAMAT
- Menyanjung dan mencontohi keperibadian junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
- Memantapkan kesepaduan antara seluruh warga SMK Mohd Khalid.
OBJEKTIF
- Mengingati sirah dan perjuangan Nabi Muhammad SAW.
- Memberi kefahaman yang mendalam kepada semua warga SMK Mohd Khalid untuk menghayati perjuangan Rasulullah SAW dan kesinambungan yang telah ditunjukkan oleh para sahabat.
- Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara para pelajar sekolah dan sesama guru menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan disamping mendapat pengisian rohani.
- Mengutarakan penghayatan pembentukkan negara Islam Madinah pada zaman Rasulullah di kalangan pelajar.
- Menjadikan sunnah Nabawi sebagai sumber dan jalan penyelesaian dalam cabaran kehidupan
----------------------------------------
1. Pra Maulid
Kuiz dan Banner
Sebelum sambutan sebenar pada tarikh di atas, beberapa aktiviti dijalankan sempena sambutan ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah kuiz dan pertandingan banner antara kelas. Penyertaan yang diterima adalah menggalakkan.
Aktiviti kuiz dijalankan dengan mengedarkan borang soalan kepada pelajar. tarikh tutup adalah pada 4 Mac 2010. Ianya terbahagi kepada dua kategori iaitu menengah atas dan menengah rendah. Soalan yang diberikan menjurus kepada topik sejarah. Selain daripada membolehkan pelajar memenangi hadiah, ianya juga dapat menggalakkan pelajar untuk mencari maklumat Sejarah Islam.
Rewang
Aktiviti rewang ini dijalankan oleh jawatankuasa yang ditubuhkan dikalangan guru. Aktiviti ini dilakukan bermula jam 7.30 malam hingga 11 malam. Ianya adalah kerjasama diantara jawatankuasa guru, staf dan beberapa orang pelajar bersama pengurusan kantin sekolah.
Jika tahun sebelumnya, aktiviti ini disertai oleh pelajar asrama, namun disebabkan pelajar asrama MK telah dipindahkan ke Asrama Pusat Putera Tasek Utara, hanya beberapa orang sahaja yang dapat dibawa bersama. =(
Tapi ia tetap meriah \(^_^)/
Hari Kejadian
0 comments:
Post a Comment