Perasmian Penutup Program Pengukuhan Solat 2010

Friday, July 9, 2010

Pada 9 Julai 2010, telah berlangsungnya upacara penutupan Program Pengukuhan Solat 2010. Majlis bermula dengan bacaan Asma' al-Husna dan kemudiannya diteruskan dengan tayangan video aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung dari 29 April hingga 2 Julai 2010.
Kesemua peserta menerima sijil dan juga trofi dari pihak penganjur peringkat sekolah iaitu Panitia Pendidikan Islam sendiri.

Daripada 25 orang peserta yang menyertai, seramai tiga orang pelajar telah dipilih untuk menerima Anugerah Tertinggi Marjan. Tempat pertama disandang oleh Mohd Hilman Rozaini dari tingkatan 2 Diamond; kedua, Mohd Dzulhakiem (1 Diamond) dan Muhammad Hamizan Supangat (1 Diamond).

Tayangan video semasa majlis penutup.

(petikan iklan solat dan gambar-gambar sepanjang program dijalankan)

Program ini bukanlah seperti program realiti biasa kerana ianya dinilai berdasarkan prestasi mereka, komitmen yang diberikan sepanjang program berlangsung. Pemenang yang dipilih ini dilihat sebagai mereka yang memberikan yang terbaik dalam memberikan kerjasama kepada penganjur sepanjang program dijalankan. Mereka juga dilihat istiqamah dalam melaksanakan amanah yang diberikan pada mereka. Tahniah diucapkan.

Semoga dengan adanya program-program seperti ini, maka pelajar akan lebih bersemangat dan tekun menghayati solat dan juga ibadah-ibadah dalam Islam.

Kem Solat Remaja Peringkat Sekolah - 29 & 30 April

Monday, May 24, 2010






















Satu kem solat telah dijalankan dibawah kelolaan Panitia Pendidikan Islam. Kem ini dilaksanakan berdasarkan arahan daripada Jabatan Pelajaran Johor yang bertujuan untuk mendidik pelajar supaya lebih memahami solat dengan baik. Seramai 25 orang pelajar menengah rendah. Antara objektif kem ini ialah:

4.1. Mendidik dan membimbing pelajar tidak mengabaikan Ibadah solat.
4.2. Para pelajar dapat mengamalkan solat lima waktu sehari semalam .
4.3. Para pelajar dapat melaksanakan solat dengan berkesan.

Antara aktiviti sepanjang kem dijalankan ialah:

1. Ice Breaking:
Puan Norezlin Sulaiman, kaunseling SMKMK.

2. Forum Solat Berkesan:
Moderator, Puan Nur Bahiyah Abdul Wahab. Panel, Ustazah Nur Salisa Ali dan Encik Abdul Rahman Kasmin.

3. Latihan Dalam Kumpulan (LDK):
Puan Madihah Ramly, Puan Harlina Khalidi, Cik Che Norleyanti Che Omar, Puan Murni Ishak, Puan Zaida Rahmad, Puan Faraniza Jamaludin.

4. Ceramah Solat dan Kesihatan:
Ustaz Omar (JPN).

Pendaftaran dan fotografi dipertanggungjawabkan kepada Puan Ida Amiza Hamid dan Puan Hajah Aszora Ahmad.

Selepas daripada kem ini, pelajar-pelajar ini akan dipantau tahap solat mereka berdasarkan instrumen yang telah dibekalkan oleh Jabatan Pelajaran Johor dan Sektor Pendidikan Islam. Pemantauan dilaksanakan bermula dari tamatnya kem hinggalah bulan Julai 2010.

Pihak panitia mengucapkan terima kasih di atas jawatankuasa bertindak yang terdiri daripada kalangan guru-guru SMKMK yang memberikan komitmen yang baik sepanjang program berjalan. Semoga Allah membalas jasa anda. Insha Allah

Sambutan Maulidur Rasul 1431 H (2010)

Tuesday, May 11, 2010


Tempat

Dewan Ibnu Khaldun SMK Mohd Khalid, Johor Bahru.

Tarikh

6 Mac 2010


Penceramah

Ustaz Mohd Nasri bin Abdul Rahman (Jabatan Agama Islam Johor)


Sambutan Maulidur Rasul merupakan natijah daripada perasaan kecintaan terhadap Rasulullah SAW. Begitu juga perasaan taat, ingat, ingin mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda. Sambutan ini telah dipraktikkan di kebanyakan sekolah seluruh Malaysia dengan tujuan mengetengahkan penghayatan sirah nabawi di kalangan pelajar dan para guru. Bertepatan dengan tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu ’Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah’, sambutan ini hadir dengan tujuan membentuk satu generasi yang kukuh dari segi akhlak dan sahsiah dan dalam masa yang sama bersatu padu dalam membina negara masa depan. Para pelajar perlu diasuh dan diterapkan dengan kefahaman yang jitu dan mantap tentang konsep dan ajaran Islam yang telah dibawa oleh Nabi Junjungan kita Muhammad SAW. Oleh itu, sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini di SMK Mohd Khalid diadakan sebagai satu usaha ke arah membina negara bangsa yang maju bersatu berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.


MATLAMAT

  • Menyanjung dan mencontohi keperibadian junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
  • Memantapkan kesepaduan antara seluruh warga SMK Mohd Khalid.


OBJEKTIF

  • Mengingati sirah dan perjuangan Nabi Muhammad SAW.
  • Memberi kefahaman yang mendalam kepada semua warga SMK Mohd Khalid untuk menghayati perjuangan Rasulullah SAW dan kesinambungan yang telah ditunjukkan oleh para sahabat.
  • Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara para pelajar sekolah dan sesama guru menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan disamping mendapat pengisian rohani.
  • Mengutarakan penghayatan pembentukkan negara Islam Madinah pada zaman Rasulullah di kalangan pelajar.
  • Menjadikan sunnah Nabawi sebagai sumber dan jalan penyelesaian dalam cabaran kehidupan

----------------------------------------
1. Pra Maulid

Kuiz dan Banner
Sebelum sambutan sebenar pada tarikh di atas, beberapa aktiviti dijalankan sempena sambutan ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah kuiz dan pertandingan banner antara kelas. Penyertaan
yang diterima adalah menggalakkan.




























Aktiviti kuiz dijalankan dengan mengedarkan borang soalan kepada pelajar. tarikh tutup adalah pada 4 Mac 2010. Ianya terbahagi kepada dua kategori iaitu menengah atas dan menengah rendah. Soalan yang diberikan menjurus kepada topik sejarah. Selain daripada membolehkan pelajar memenangi hadiah, ianya juga dapat menggalakkan pelajar untuk mencari maklumat Sejarah Islam.

Rewang
Aktiviti rewang ini dijalankan oleh jawatankuasa yang ditubuhkan dikalangan guru. Aktiviti ini dilakukan bermula jam 7.30 malam hingga 11 malam. Ianya adalah kerjasama diantara jawatankuasa guru, staf dan beberapa orang pelajar bersama pengurusan kantin sekolah.












Jika tahun sebelumnya, aktiviti ini disertai oleh pelajar asrama, namun disebabkan pelajar asrama MK telah dipindahkan ke Asrama Pusat Putera Tasek Utara, hanya beberapa orang sahaja yang dapat dibawa bersama. =(
Tapi ia tetap meriah \(^_^)/
Photobucket Photobucket

Photobucket



Hari Kejadian



Dengan Lafaz Bismillah

Sunday, May 9, 2010

Bismillah.
Assalamualaikum.

Blog Panitia Pendidikan Islam SMKMK (SMK Mohd Khalid)ini diwujudkan dengan tujuan supaya segala aktiviti yang dilakukan oleh panitia ini sama ada secara langsung atau tidak dapat dimuatkan untuk rujukan umum. Sebarang komen atau cadangan berkenaan dengan blog ini khususnya dan juga Panitia Pendidikan Islam SMK Mohd Khalid khususnya boleh dilakukan untuk pembaikan pada masa akan datang..insha allah
sekian