Perasmian Penutup Program Pengukuhan Solat 2010

Friday, July 9, 2010

Pada 9 Julai 2010, telah berlangsungnya upacara penutupan Program Pengukuhan Solat 2010. Majlis bermula dengan bacaan Asma' al-Husna dan kemudiannya diteruskan dengan tayangan video aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung dari 29 April hingga 2 Julai 2010.
Kesemua peserta menerima sijil dan juga trofi dari pihak penganjur peringkat sekolah iaitu Panitia Pendidikan Islam sendiri.

Daripada 25 orang peserta yang menyertai, seramai tiga orang pelajar telah dipilih untuk menerima Anugerah Tertinggi Marjan. Tempat pertama disandang oleh Mohd Hilman Rozaini dari tingkatan 2 Diamond; kedua, Mohd Dzulhakiem (1 Diamond) dan Muhammad Hamizan Supangat (1 Diamond).

Tayangan video semasa majlis penutup.

(petikan iklan solat dan gambar-gambar sepanjang program dijalankan)

Program ini bukanlah seperti program realiti biasa kerana ianya dinilai berdasarkan prestasi mereka, komitmen yang diberikan sepanjang program berlangsung. Pemenang yang dipilih ini dilihat sebagai mereka yang memberikan yang terbaik dalam memberikan kerjasama kepada penganjur sepanjang program dijalankan. Mereka juga dilihat istiqamah dalam melaksanakan amanah yang diberikan pada mereka. Tahniah diucapkan.

Semoga dengan adanya program-program seperti ini, maka pelajar akan lebih bersemangat dan tekun menghayati solat dan juga ibadah-ibadah dalam Islam.

0 comments: